TARIKH : 06 JUN 2020 MASA : 3.10 PM - 4.10 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Menyemak tawaran ke matrikulasi KPM dan mencetak dokumen yang diperlukan.
AKTIVITI
Peserta membuat semakan tawaran di laman web UPU dengan memasukkan no kad pengenalan yang telah didaftarkan semasa proses permohonan. Kemudian peserta memuat turun dokumen dan mencetak dokumen tersebut. Dokumen yang dicetak perlu diisi lengkap dan perlu dibawa semasa proses pendaftaran pelajar di kolej matrikulasi pada bulan Ogos nanti.
TARIKH : 01 JUN 2020 MASA : 9.50 AM - 10.50 AM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Menyediakan surat rasmi iaitu surat akuan untuk permohonan pinjaman perumahan untuk orang bujang.
AKTIVITI
Peserta mencari contoh format surat rasmi di Google kemudian menaip surat yang dikehendaki pada MS Word seterusnya mencetak surat untuk disahkan oleh ketua kampung.
TARIKH : 30 MEI 2020 MASA : 4.30 PM - 5.30 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Mendaftar untuk memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan berdasarkan iklan kekosongan.
AKTIVITI
Peserta mendaftar sebagai pengguna baru di laman web SPA. Peserta mengisi butir-butir yang diperlukan seperti maklumat peribadi, maklumat akademik, jawatan yang dipohon dan lain-lain lagi.
TARIKH : 31 MEI 2020 MASA : 2.15 PM - 3.15 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Menyiapkan kerja kursus sebagai memenuhi syarat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
AKTIVITI
Peserta menaip kerja kursus mengikut syarat yang dikehendaki kemudian mencetak kerja kursus tersebut untuk dijadikan portfolio.
TARIKH : 28 MEI 2020 MASA : 2 PM - 3 PM LOKASI : PI KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Membuat permohonan pendaftaran Tahun 1 di laman web yang disediakan oleh KPM.
AKTIVITI
Peserta mendaftar sebagai pengguna baru di laman web. Kemudian, log masuk untuk proses pendaftaran Tahun 1. Pengguna dikehendaki mengisi maklumat murid, maklumat imunisasi serta persetujuan imunisasi, maklumat ibu bapa dan maklumat sekolah yang dipohon. Perakuan diperlukan sebelum menghantar borang dan selepas menghantar borang pengguna perlu mencetak borang tersebut untuk dihantar ke sekolah beserta dokumen yang diperlukan dalam masa dua minggu dari tarikh mengisi borang.