1. Pantai Kandis
Kampung Kandis meliputi kawasan seluas 26400 hektar,ia mempunyai pinggir pantai sepanjang 32km dan semua tanah di jajahan ini merupakan kawasan simpanan melayu.tarikan pelancongan dikawasan adalah kawasan pantai oleh kerana ia dikelilingi pantai.Dibawah ini disertakan bersama beberapa gambar yang telah diambil oleh petugas di kawasan yang berdekatan dengan PI1M Kg.Kandis.
http://kandis.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIdd4cadd07da
2. SUDARA BEACH RESORT
Terletak di pantai yang terpencil yang mengadap Laut China Selatan, resort ini terletak kira-kira 9km dari perkampungan nelayan di Tok Bali dan 21 km dari Pantai Bisikan Bayu. Sudara Beach Resort mempunyai chalet dan menawarkan kemudahan Wi-Fi yang percuma selain bar mini, balkoni mengadap pantai,penghawa dingin, kolam dan lain-lain lagi.
Sekiranya anda berhasrat untuk menginap di Sudara Beach Resort, sarapan pagi adalah percuma. Anda juga akan menikmati kemudahan lain di sini seperti kafe, spa dan kolam renang.
http://kandis.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIde83e70ff21