Menurut cerita Encik Shamsuddin Bin Saat iaitu bekas penghulu kampung Kandis,Nama kampung Kandis berasal dari pokok kandis yang banyak tumbuh meliar di sekitar kampung. Pada masa dahulu kulit buah kandis dijadikan "asam kandis" iaitu sejenis bahan dalam masakan dan ia menjadi sumber pendapataan sampingan kepada para penduduk kampung dengan menjual asam kandis tersebut.

Kampung Kandis merupakan salah satu kampung yang berada dalam Mukim Telong. Ianya terletak di selatan jajahan Bachok,bersempadan dengan Pasir Putih. Disebelah selatan, Laut China Selatan dibahagian timurnya, diutaranya daerah Melawi dan di bahagian baratnya daerah Gunong. Kampung Kandis mempunyai persisiran pantai sepanjang 4km.

Oleh kerana mempunyai kawasan pantai yang panjang maka pekerjaan utama penduduk kawasan ini adalah nelayan, namun dengan kemasukan perusahaan tembakau pada tahun 70-an, boleh dikatakan 90% penduduk  telah menjadi petani, disamping menjadi nelayan sebagai pekerjaan sampingan.

Populasi penduduk kampung kandis adalah seramai 3454 orang dengan purata isi rumah seramai 13.81% orang setiap rumah. Keseluruhan penduduk di kampung Kandis adalah berbangsa melayu.