TARIKH    :  14 OKTOBER 2024

  MASA       :  11 : 00 AM

  LOKASI    :  DEWAN HJ. MOHD SAAD SK KANDIS

  PESERTA :  MURID TAHAP 3 (TAHUN 5 DAN 6)

 

TUJUAN

Memberikan Taklimat Berkaitan Kesedaran Penggunaan Internet dan Media Sosial
 

AKTIVITI

Peserta diberikan taklimat berkaitan dengan kesedaran penggunaan internet dan media sosial. Kemudian peserta di berikan beberapa soalan mengenai internet dan sosial media berserta berkongsi beberapa maklumat dan idea supaya sentiasa berhati- hati dalam menggunakan internet dan sosial media.

GAMBAR DISINI...

 TARIKH     :  19 SEPTEMBER 2024

  MASA       :  10 : 30 AM - 11 : 30 AM

  LOKASI    :  NADI KG KANDIS

  PESERTA :  8 ORANG

TUJUAN

Memberikan pendedahan serta kemahiran berfikiran kreatif dalam membuat dan menyelesaikan sesuatu perkara.
 

AKTIVITI

Peserta diterangkan terlebih dahulu tentang aktiviti yang akan dibuat. Kemudian peserta membuka link https://toytheater.com/addition-scale/. Peserta perlu berfikir cara untuk menjadikan penimbang stabil iaitu dengan menjawab soalan tambah sebelah kanan supaya jawapan sama dengan sebelah kiri.

 TARIKH     :  20 OGOS 2024

  MASA       :  02 : 00 PM - 03 : 00 PM

  LOKASI    :  NADI KG KANDIS

  PESERTA :  3 ORANG

 

TUJUAN

Memberikan pendedahan serta kemahiran berfikiran kreatif dalam mencipta sesuatu produk.
 

AKTIVITI

Peserta ditayangkan video aktiviti terlebih dahulu iaitu video 'diy pam belon buatan sendiri'. Kemudian peserta diminta menebuk lubang pada badan botol dan penutup botol plastik. Ambil belon dan tutup botol. Balut dengan ketat menggunakan pita. Potong lebihan belon kemudian apabila  pam belon sedia untuk digunakan, langkah pertama, letakkan belon di atas mulut botol dan tutup lubang kecil itu. Picit botol untuk tiup belon dan longgarkan lubang kecil di badan botol. Biarkan botol kembali normal. Dengan melakukan ini berulang kali, belon boleh mengembang.

GAMBAR DISINI....

 TARIKH     :  20 OGOS 2024

  MASA       :  03 : 00 PM - 04 : 00 PM

  LOKASI    :  NADI KG KANDIS

  PESERTA :  3 ORANG

 

TUJUAN

Memberikan pendedahan serta kemahiran berfikiran kreatif dalam mencipta sesuatu produk.
 

AKTIVITI

Peserta ditayang kan video "mencipta helikopter mainan sendiri hanya menggunakan straw".Kemudian peserta memulakan ciptaan dengan membengkokkan straw separuh dan memotong kedua-dua belah pada sudut yang dibengkokkan. Ambil straw lain dan buat separuh potong di dalamnya. Letakkan straw pertama di atas straw kedua. Kemudian, buat potongan segi tiga pada kedua-dua belah straw pertama. Kemudian helikopter mainan telah siap dan boleh dimainkan. 

 GAMBAR DISINI....

 TARIKH     :  15 OGOS 2024

  MASA       :  10 : 00 AM - 11 : 00 AM

  LOKASI    :  NADI KG KANDIS

  PESERTA :  2 ORANG

 

TUJUAN

Memberikan pendedahan serta kemahiran dalam membuat resume
 

AKTIVITI

Peserta dilatih membuat resume yang ringkas dan menarik menggunakan Microsoft Word. 

GAMBAR DISINI....