KEUSAHAWANAN (1) - NIK NUR ZULAIKHA BINTI  NIK MUHAMAD

Usahawan Online Tudung Bawal Manik

Nama : Nik Nur Zulaikha binti Nik Muhamad

Umur : 26 tahun

Ahli    : 2016

 

Latar belakang

          Merupakan graduan UMK yang menjalankan perniagaan tudung bawal manik secara dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

           Penjualan hanya berfokus pada rakan-rakan terdekat dan komuniti sekitar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

          Selepas menyertai latihan dan kelas keusahawanan yang dijalankan, Zulaikha kini yakin untuk mempromosi dengan membuat copywiriting yang berkesan. Beliau turut membuat posting mengenai produk beliau setiap hari mengikut jadual yang ditentukan olehnya supaya target audiennya mengetahui mengenai produk beliau.

 

KEUSAHAWANAN (2) - KHAIRAH BINTI ABDUL HADI

Usahawan Produk Kecantikan - SuperScrub Beauty

Nama : Khairah binti Abdul Hadi

Umur : 39 tahun

Ahli    : 2019

 

Latar belakang

          Merupakan surirumah yang menjalankan perniagaan barang kecantikan secara sambilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

           Kurang pengetahuan dalam mempromosi produk yang ada dan hanya bergantung pada Facebook peribadi untuk menjual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

          Selepas mendaftar di PI dan menjadi ahli, beliau menyertai kelas latihan keusahawanan dan didedahkan cara mempromosi di media sosial serta cara membuat copywriting untuk produk beliau.

 

 

CELIK IT - MUHAMMAD YAZID BIN BAHARUDIN

Belajar asas komputer, menaip serta asas pencarian maklumat di Internet

Nama  : Muhammad Yazid bin Baharudin

Umur   : 13 tahun

Ahli      : 2019

 

Latar belakang

    Merupakan pelajar tingkatan 1 di sekolah agama kerajaan negeri Kelantan. Menyertai kelas komputer semasa cuti sekolah pada bulan puasa yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

          Beliau kurang pendedahan mengenai asas komputer dan fungsi Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

          Yazid sudah mempunyai asas komputer setelah beberapa kali menyertai kelas asas komputer dan asas Internet yang diadakan. Dengan bimbingan petugas PI, Yazid kini telah menguasai MS Word, Gmail dan MS Powerpoint serta MS Excel.