USAHAWAN ONLINE TUPPERWARE
Nama : Puan Farida Umur : 33 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Pn Farida merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan menjual produk Tupperware . Beliau menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan dan membuat perniagaan secara online di media sosial seperti di Facebook dan Whatsapp
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan hanya berfokus pada rakan-rakan terdekat dan komuniti sekitar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan perkembangan semasa seperti penggunaan Whatsapp dan Facebook, Puan Farida mengambil langkah bijak dengan menyertai kelas copywriting dan kelas pembangunan kandungan media sosial untuk mengembangkan lagi perniagaan online beliau. Selain itu, beliau turut menyertai kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet Kandis. Selepas penggunaan ICT dan hasil daripada kelas keusahawanan, beliau mampu meningkatkan pendapatan beliau apabila berjaya menjual produk beliau serta melepasi target jualan beliau.