TARIKH : 17 NOVEMBER 2023 MASA : 10 : 15 AM - 11 : 15 AM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 9 ORANG |
TUJUAN
AKTIVITI
Pada mulanya peserta diberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dibuat dan ditayangkan satu video cara-cara untuk membuat “straw plane”. Peserta disediakan kertas, gunting, straw dan salotip. Peserta membuat straw plane berdasarkan video yang ditayangkan dan dibantu oleh staf PEDi.
TARIKH : 10 NOVEMBER 2023 MASA : 10 : 00 AM - 11 : 00 AM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
AKTIVITI
Pada mulanya peserta diberikan penerangan berkaitan kelas yang akan dibuat. Kemudian peserta diminta untuk membuka link https://www.jigsawplanet.com/ dan memilih gambar puzzle yang di inginkan. Seterusnya peserta diminta untuk menyelesaikan puzzle itu sehingga terbentuk gambar yang dipilih.
TARIKH : 07 NOVEMBER 2023 MASA : 10 : 00 AM - 11 : 00 AM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
AKTIVITI
Peserta diberikan tunjuk ajar cara untuk mencipta dan membuka kedai atas talian menggunakan aplikasi Shopee. Setelah siap memasukkan butiran kedai, peserta diajarkan cara untuk memasukkan gambar dan butiran jualan mereka. Peserta diberikan penerangan berkaitan dengan cara dan harga bagi setiap penghantaran produk. Peserta diajarkan juga cara untuk berkongsi link kedai.
TARIKH : 16 NOVEMBER 2023 MASA : 11 : 00 AM - 12 : 00 PM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
AKTIVITI
Peserta diterangkan tentang asas serta format penggunaan Microsoft Word. Peserta diajarkan cara untuk menaip teks dengan memilih format jenis dan saiz tulisan terlebih dahulu. Kemudian peserta diajarkan cara untuk memadam semula tulisan, membuat perenggan, membuat nombor dan juga kotak.
TARIKH : 19 OKTOBER 2023 MASA : 03 : 30 PM - 04 : 30 PM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 6 ORANG |
TUJUAN
AKTIVITI
Peserta ditayangkan video berkaitan dengan cara membuat origami tangan terlebih dahulu. Kemudian petugas PEDi menyediakan beberapa peralatan yang diperlukan untuk membuat origami tangan seperti pensel, kertas warna, salotip, straw, benang, dan gunting. Peserta menekap tangan pada kertas warna kemudian melukis tangan mereka dengan pensel. Kemudian peserta memotong kertas mengikut lukisan tangan yang ditekap tadi menggunakan gunting. Seterusnya peserta memotong straw dan melekatkan straw tersebut pada kertas dan memasukkan benang ke dalam straw.