TARIKH : 07 SEPTEMBER 2023 MASA : 10:30 AM - 12:00 PM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
AKTIVITI
Pada mulanya peserta ditayangkan video. Kemudian peserta disediakan kertas, gam dan juga mata mainan. Peserta mencipta satu produk iaitu seekor ikan dengan menggunakan kertas dan mata mainan yang disediakan.
TARIKH : 19 OGOS 2023 MASA : 10:00 AM - 11:00 AM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
AKTIVITI
Memberikan pendedahan kepada peserta tentang aktiviti yang akan dilakukan dengan memainkan video "cara untuk mencipta lastik". Pengajar telah menyediakan beberapa bahan iaitu batang aiskrim, sudu, dan getah untuk dijadikan lastik manakala kertas untuk dijadikan bola dan mangkuk untuk bola dilastik masuk kedalamnya. Peserta diminta untuk menciptakan lastik mengikut cara yang diajarkan di dalam video. Setelah selesai mencipta produk, pengajar membuat satu pertandingan dimana siapa yang paling banyak melastik bola masuk kedalam mangkuk merupakan pemenang.
TARIKH : 09 OGOS 2023 MASA : 04:30 PM - 05:30 PM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas penggunaan excel dan format yang terdapat dalam ms Excel.
AKTIVITI
Peserta hadir ke Pedi Kg Kandis untuk belajar menggunakan Ms Excel. Peserta diberikan pendedahan berkaitan asas penggunaan Excel beserta dengan format yang terdapat dalam Ms Excel. Peserta diberikan tunjuk ajar untuk membuat kotak jadual dan memasukkan tulisan mengikut format yang diberikan. Seterusnya peserta juga diajarkan cara untuk mengasingkan kotak dan tulisan dan cara untuk lock kotak excel.
TARIKH : 04 OGOS 2023 MASA : 10:30 AM - 12:00 PM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
AKTIVITI
Peserta hadir ke Pedi Kg Kandis untuk belajar cara menggunakan Ms Powerpoint. Pada mulanya peserta diberikan pendedahan berkaitan format yang terdapat di dalam Microsoft PowerPoint. Kemudian, peserta diajarkan cara untuk membuat slide kosong dan memasukkan tulisan berserta gambar pada slide tersebut.
TARIKH : 22 JULAI 2023 MASA : 11:15 AM - 12:15 PM LOKASI : PEDi KG KANDIS PESERTA : 6 ORANG |
TUJUAN
AKTIVITI
Pada mulanya peserta diberikan pendedahan berkaitan format yang terdapat di dalam Microsoft Word. Kemudian, peserta diajarkan cara untuk membuat kotak jadual dengan betul mengikut apa yang disuruh oleh pengajar. Seterusnya peserta diajarkan cara untuk meletakkan warna pada setiap kotak mengikut warna yang bersesuaian.