USAHAWAN ONLINE PRODUK KECANTIKAN
Nama : Nur Amera binti Mohamad Umur : 33 tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Kandis yang aktif dan menjalankan perniagaan menjual pelbagai produk kecantikan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan berkisar di media sosial dengan hanya mengepos gambar barang-barang kecantikan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kepentingan pemasaran dan copywriting berkesan, Cik Nur Amera menyertai kelas usahawan di Pusat Internet Kandis. Beliau diajar cara membuat pemasaran yang berkesan, copywriting yang bagus serta cara-cara mengira dan merekod keuntungan dan jualan menggunakan MS Excel.
USAHAWAN ONLINE SHOPEE
Nama : Puan Nur Jannah Umur : 33 tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Merupakan seorang surirumah dan aktif mencari duit sampingan disebabkan minat berniaga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pemasaran dan penjualan hanya di media sosial FB tetapi kurang mendapat sambutan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan perkembangan semasa seperti penggunaan platform e-commerce percuma seperti Shopee dan Lazada sebagai platform menjual secara atas talian, Puan Nur Jannah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kandis serta mengambil langkah bijak dengan menyertai kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet Kandis. Selepas penggunaan ICT dan melalui kelas keusahawanan, beliau sudah mahir menggunakan akaun Shopee mempromosi produk jualan beliau serta mendapat sambutan yang menggalakkan.
USAHAWAN ONLINE KEROPOK LEKOR
Nama : Puan Afiza Umur : 34 tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan menjual keropok lekor. Beliau mempunyai sebuah kedai menjual keropok.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau hanya menjual produk di kedai sahaja dan belum lagi terdedah dengan pemasaran online di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT dan melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet beliau kini mahir mempromosikan hasil produk di FB beliau.
Nama : Ahmad Adam Haikal Umur : 11 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Merupakan pelajar Tahun 5 di SK Kandis. Permulaan datang ke PI Kandis kerana menyertai program anjuran PI pada akhir tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan di PI sekadar pengguna biasa yang datang untuk melayari internet bersama rakan-rakan sebaya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beberapa kali menyertai kelas komputer yang diadakan, Adam Haikal kini dapat menguasai asas komputer dan asas Internet serta dapat mengendalikan komputer untuk kegunaan harian.
USAHAWAN ONLINE KUIH-MUIH
Nama : Puan Suzana Umur : 43 tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Merupakan seorang guru KAFA yang menjual kuih-muih buatan sendiri di atas talian. Sering datang ke Pusat Internet untuk melayari internet dan mengikuti kelas yang dijalankan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pemasaran dan penjualan hanya kepada rakan-rakan sekerja dan jiran sekeliling.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan perkembangan semasa seperti penggunaan media sosial sebagai platform menjual secara atas talian, Puan Suzana mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kandis mengambil langkah bijak dengan menyertai kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet Kandis. Selepas penggunaan ICT dan melalui kelas keusahawanan, beliau sudah mahir menggunakan media sosial seperti FB peribadi untuk mempromosi produk jualan beliau.