Nama : Alvian Hidayatullah bin Mohd Sairi Umur : 9 tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Merupakan pelajar Tahun 3 di SK Kandis. Permulaan datang ke PI Kandis kerana mengikuti adik-beradik dan rakan menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan di PI sekadar pengguna biasa yang datang untuk menonton video di Youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas didekati oleh petugas PI dan mendaftar sebagai ahli PI, Alvian seringkali menyertai kelas komputer yang diadakan serta mengajak rakan-rakan untuk turut serta dalam kelas tersebut. Kini, Alvian mahir dalam MS Office seperti MS Word, Powerpoint dan MS Paint.
USAHAWAN ONLINE PRODUK KECANTIKAN
Nama : Cik Harque Umur : 24 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Merupakan seorang peniaga atas talian yang menjual produk kecantikan wanita iaitu Fara Beauty Lens.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan hanya berfokus pada rakan-rakan terdekat dan komuniti sekitar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan perkembangan semasa seperti penggunaan media sosial sebagai platform menjual secara atas talian, Cik Harque mengambil langkah bijak dengan menyertai kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet Kandis. Selepas penggunaan ICT dan melalui kelas keusahawanan, beliau sudah mahir menggunakan media sosial seperti FB dan Instagram untuk mempromosi produk jualan beliau. Selain itu,beliau juga turut menyertai kelas pemasaran yang dianjurkan oleh influencer terkenal di media sosial.
Nama : Mohamad Haikal b Razali Umur : 11 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Merupakan pelajar Tahun 5 di SK Kandis. Sering datang ke PI untuk menonton video di Youtube & membuat kerja sekolah bersama rakan-rakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan di PI sekadar pengguna biasa yang datang untuk melayari Internet dan menonton video di Youtube.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas didekati oleh petugas PI dan mendaftar sebagai ahli PI, Haikal seringkali menyertai kelas komputer yang diadakan serta mengajak rakan-rakan untuk turut serta dalam kelas tersebut. Kini, Haikal mahir dalam MS Office seperti MS Word, Powerpoint dan MS Excel.
USAHAWAN ONLINE PRODUK KECANTIKAN
Nama : Puan Roaiza Umur : 31 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Merupakan seorang jurujual yang menjalankan perniaagaan atas talian iaitu menjual produk kecantikan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan hanya berfokus pada rakan-rakan terdekat dan komuniti sekitar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan perkembangan semasa seperti penggunaan media sosial sebagai platform menjual secara atas talian, Puan Roaiza mengambil langkah bijak dengan menyertai kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet Kandis. Selepas penggunaan ICT dan melalui kelas keusahawanan, beliau sudah mahir menggunakan media sosial seperti FB dan Instagram untuk mempromosi produk jualan beliau.
USAHAWAN ONLINE TUPPERWARE
Nama : Puan Farida Umur : 33 tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Pn Farida merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan menjual produk Tupperware . Beliau menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan dan membuat perniagaan secara online di media sosial seperti di Facebook dan Whatsapp
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penjualan hanya berfokus pada rakan-rakan terdekat dan komuniti sekitar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan perkembangan semasa seperti penggunaan Whatsapp dan Facebook, Puan Farida mengambil langkah bijak dengan menyertai kelas copywriting dan kelas pembangunan kandungan media sosial untuk mengembangkan lagi perniagaan online beliau. Selain itu, beliau turut menyertai kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet Kandis. Selepas penggunaan ICT dan hasil daripada kelas keusahawanan, beliau mampu meningkatkan pendapatan beliau apabila berjaya menjual produk beliau serta melepasi target jualan beliau.